LA Tea Garden di Kg Telok, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Berhampiran Tol Sungai Dua, lebuhraya utara selatan. Persimpangan trafik light dari susur keluar tol ke Sungai Dua adalah kawasan gerai makanan yang banyak dan sangat terkenal di Seberang Perai Utara. Salah sebuah cafe yang tengah meningkat naik pada masa ini adalah LA Tea Garden. Terkenal dengan masakan barat dan tempatan. Tempat makan yang selesa bercirikan taman di rumah tradisi Melayu dengan perkhidmatan mesra pelanggan. Mempunyai rimbunan pokok buluh madu yang ditanam teratur ditepi jalan menjadikan suasana tenang untuk pengunjung. Konsep makanan yang bersih, sedap dan berkualiti. Mempunyai bilik sembahyang awam, bilik air yang bersih dan kolam ikan peliharaan. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan di waktu malam sambil menikmati makanan dan minuman kesukaan anda. Beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.
Ikan hiasan dalam kolam
Kebersihan itu keutamaan
Pelbagai minuman
Merah adalah warna mereka
Sesuai untuk semua tetamu anda
Anda boleh lihat bagaimana rumah kampung di makeover menjadi cafe
Kemas dan bersih
Masakan tempatan
Masakan barat
Suasana malam yang penuh dengan pelanggan
Keselesaan pelanggan diutamakan.
Saya datang lagi nanti.
No comments:
Post a Comment