Thursday 22 October 2015

Jerebu melanda kita merana



  
Jerebu melanda negara kita sehingga sekolah di seluruh Semananjung Malaysia ditutup. Perlis tidak ketinggalan IPU mencecah 226 tetapi kuliah di UiTM Arau tetap diteruskan, cuma aktiviti luar dikurangkan. Ada viral kata kuliah dibatalkan dan Rektor terpaksa menafikan. Kerajaan Malaysia berusaha membantu Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu ini yang menjejaskan pelbagai program termasuk Hari Sukan Negara. Lapangan terbang Langkawi ditutup dan penerbangan ditunda.

Sementara itu perlawanan Bola sepak Piala Sultan Selangor juga ditangguhkan. Isu bacaan IPU antara yang dibincangkan dalam media masa dengan persoalan kenapa bacaan kita tidak sama dengan Singapura. Begitu juga di Indonesia kerajaan mereka menyediakan dua buah kapal perang untuk pindahkan penduduk. Bayangkan bacaan IPU sudah melebihi 2000 di tempat mereka.



Hujan


Memandu sewaktu hujan memang mencabar. Penumpuan dalam memandu adalah penting dan memerlukan zero error. Kelajuan walau perlahan mana sekalipun masih perlu berhati-hati. Membuat tindakan berhenti secara mengejut adalah merbahaya. Cermin depan perlu bersih. Cuci selalu cermin jika membuat perjalanan jauh. Jangan lupa rancang perjalanan. Tentukan tempat yang mana anda akan berhenti berehat. Jangan cabar diri jika letih dan perlu rehat. Berhenti sekejap adalah lebih baik. Jika perlu tidur, tidurlah. Cepat sampai bukan kemenangan. Selamat sampai itu lebih bermakna. Selamat memandu.

Wednesday 21 October 2015

Kawanku


Kawan sekolah dimana saja jika ketemu sila tegur ku. Kerana masa memisahkan antara kita. Kini kita berubah paras rupa. Tua sudah kita.

Tuesday 20 October 2015

Tanglong


Tanglong ada suatu perayaan kebudayaan dalam masyarakat Cina. Foto ini diambil dari sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Kebiasaan dalam tanglong ada lilin menyala tetapi di sini menggunakan lampu dari luar bagi menampakkan warna merahnya. Ia disusun sepanjang laluan dalam kondominium ini.

Siput

Siput-siput di Kuala Perlis. 

Monday 19 October 2015

Arca Biola



Dinding Biola ini saya ambil dari sebuah kondominium. Seni yang menarik.

Friday 16 October 2015

Mempelam Apple

Mempelam Apple ini ditanam oleh ayah. Walaupun sudah tua tetapi masih mengeluarkan hasil. Berbuah sepanjang tahun. Bila masak isinya sedikit keras dan rapuh tetapi sedap jika makan dengan sambal rojak. Sambal rojak memang popular di utara tanah air. Pelbagai jenama terkenal ada dipasaran. Pilih yang sedap dan bersih. Mempelam apa sekalipun kita makan mulakan dengan mengingati Allah.

Thursday 8 October 2015

Lebah singgah buat sarang

Bangunan perpustakaan yang dalam pembinaan menjadi tempat persinggahan sementara bagi lebah-lebah ini. Kawasan UiTM Arau memang terdapat sarang lebah di beberapa tempat termasuk di asrama. Walau bagaimanapun terpaksalah lebah ini dihalau supaya ianya tidak mengganggu penghuni kampus ini.

Nuffnang ads