Saturday 8 December 2012

Usia 73 masih menarik beca

 Pak Cik ini sudah 20 tahun membawa beca di Pulau Pinang.Sekarang berumur 73 tahun. Masih menjalankan tugas untuk membawa pelancung. Kalau duduk di rumah tanpa buat kerja nanti badan sakit dan lenguh. Anak-anak dibesarkan dengan duit upah menarik beca inilah. Sekarang semua anak-anak sudah berumah tangga dan berkerjaya. Pengalaman membawa beca dari harga 30 sen semasa mula-mula berkerja hingga sekarang nilai untuk jarak yang sama sudah meningkat ke RM15 ke RM20. Sehari kalau dapat 4 trip sudah mencukupi. Kalau lebih sudah tidak larat. Katanya beliaulah orang yang paling tua dikalangan penarik beca di Pulau Pinang. Kerjaya penarik beca ini memang menarik, banyak cerita yang beliau luahkan kepada saya. Semoga beliau bahagia dengan kerjayanya.
Sent from Samsung Galaxy Note

Monday 19 November 2012

Tandas pun ada harinya!

Hari ini hari tandas sedunia. Ingat ya setiap tahun 19 November adalah hari  tandas sedunia. Dah flush ka bila masuk guna tandas tadi? cuci-cuci sikit laa bila masuk tandas ya!  tujuan hari tandas sedunia ini adalah sebagai memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai budaya tandas bersih, Malaysia adalah antara 60 buah negara yang menyambutnya. Maaf tidak ada cuti untuk memperingatikannya. Kalau tutup tandas kesannya sangat busuk. Cuba teka gambar tandas dekat mana yang cantik ini?

Tuesday 13 November 2012

Awan berbentuk muka manusia

Pergerakan-pergerakan awan kadang-kadang menghasilkan pelbagai bentuk benda dan kadang-kadang bentuk muka manusia. Saya berada di Putrajaya semasa hujan lebat dengan kilat sabung menyabung. Selepas hujan berhenti dan masih renyai-renyai saya perhatikan ke langit dan dapat melihat bentuk awan yang menyerupai seakan-akan seperti muka manusia. Ada mata hidung mulut dan telinga. Terkejut juga kerana selalunya saya hanya dapat membaca di majalah, akhbar atau blog sahaja tentang rupa pelik-pelik begini. Oleh kerana handphone sedang di charge, saya cepat-cepat pergi ambil handphone dan kembali merakamkan gambar ini. Mungkin ambil masa dalam 7 ke 8 saat rupa awan sudah berubah dan yang tinggal semakin blur. Lihatlah gambar-gambar awan diantara dua bangunan. MahaSuci Allah






Sunday 11 November 2012

Copy cat kelakar si Fitri ni!



Ini anak jiran saya Fitri yang cerdik dan lasak. Hari ini Fitri ikut cara kucing saya "Sally" main di depan rumah. Sally gigit rumput dia ikut. Sally cakar rumput dia ikut cakar. Sally baring dia ikut sama saja. Akhir sekali bila panik, Sally lari ke rumah sebelah.

Sunday 28 October 2012

Trick Art Museum at I-City Shah Alam


Jika anda melawat I-City di Shah Alam jangan lupa masuk ke Trick Art Museum. Macam-macam aksi yang anda boleh lakukan untuk menjadikan lawatan anda penuh dengan keriangan.




Masuk museum buat masa ini masih percuma. Lepas ini jika banyak lukisan tentu ada bayaran.

Saturday 6 October 2012

The Making of LA Tea Garden - Makeover rumah kampung


LA Tea Garden asalnya merupakan rumah kampung yang telah di makeover menjadi cafe. Rekabentuk asal rumah ini adalah idea arwah tuan rumah seorang tukang rumah dan juga seorang pesawah  yang membesarkan anak-anaknya hingga berjaya. Makeover LA Tea Garden dibuat pula oleh anaknya yang menguruskan cafe ini. Masa yang lama diambil untuk menjadikan ianya suatu realiti. Sehinggakan ramai tertanya-tanya bila cafe ini akan dibuka. Alhamdulillah kini semuanya sudah siap dan LA Tea Garden sudah mula beroperasi sejak Ramadhan 2011. Kita sama-sama doakan kejayaannya. Kejayaan pengusaha Melayu.


Pokok rambutan berbuah lebat masih dikekalkan

Hadapan rumah yang diturap dengan konkrit dan dapur terbuka dibina bersebelahan.


  Pintu Gerbang kecil di sebelah tepi dan disambut oleh rimbunan pokok mempelam sala.

  Pintu Gerbang Besar di depan jalan dan pokok buluh madu ditanam sebagai pagar. 

Bila buluh ini besar  ianya akan memberi impak yang begitu ketara kepada lanskap cafe ini.

Bawah rumah ubahsuai supaya tetamu selesa makan di bawah rumah ini.

 Disediakan wakaf solat untuk membantu mereka yang dalam pejalanan jauh untuk singgah makan atau yang berbuka puasa untuk solat tanpa rasa tergesa-gesa untuk makan.

Kolam untuk ikan hiasan pasti menarik perhatian kanak-kanak.
Rimbunan pokok mempelam sala meredupkan waktu petang..


Bersyukur dengan apa yang ada.


The making of LA Tea Garden - Kenduri

LA Tea Garden mengadakan kenduri sebelum pembukaan cafe pada 5 Jun 2011. Ianya juga sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. Alhamdulillah kini LA Tea Garden sudah menjadi kenyataan. Semoga Allah membarakati atas usaha ini.




    




Friday 5 October 2012

LA Tea Garden

 LA Tea Garden di Kg Telok, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Berhampiran Tol Sungai Dua, lebuhraya utara selatan. Persimpangan trafik light dari susur keluar tol ke Sungai Dua adalah kawasan gerai makanan yang banyak dan sangat terkenal di Seberang Perai Utara. Salah sebuah cafe yang tengah meningkat naik pada masa ini adalah LA Tea Garden. Terkenal dengan masakan barat dan tempatan. Tempat makan yang selesa bercirikan taman di rumah tradisi Melayu dengan perkhidmatan mesra pelanggan. Mempunyai rimbunan pokok buluh madu yang ditanam teratur ditepi jalan menjadikan suasana tenang untuk pengunjung. Konsep makanan yang bersih, sedap dan berkualiti.  Mempunyai bilik sembahyang awam, bilik air yang bersih dan kolam ikan peliharaan. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan di waktu malam sambil menikmati makanan dan minuman kesukaan anda. Beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

   Ikan hiasan dalam kolam

  Kebersihan itu keutamaan

 Pelbagai minuman 

Merah adalah warna mereka

Sesuai untuk semua tetamu anda

 Anda boleh lihat bagaimana rumah kampung di makeover menjadi cafe

  Kemas dan bersih

 Masakan tempatan

  Masakan barat

Suasana malam yang penuh dengan pelanggan

 Keselesaan pelanggan diutamakan.

Saya datang lagi nanti.

Nuffnang ads