Sunday 22 April 2012

Sawah dimakan perumahan

Negeri kecil tanahnya sikit. Habis bendang diisinya rumah. Kalau tanah tak jadi bendang. Mamat nak buat apa duduk di rumah.

Saturday 21 April 2012

Saujana mata memandang ladang tebu

Ladang tebu di Chuping Perlis. Tempat yang cantik untuk fotograf landskap. Mai Perlis di sini ada kemanisannya.

Indahnya bumi Chuping

Perjalanan dari Padang Besar ke Chuping akan bermula dengan keindahan panorama ini. Saujana mata memandang kehijauan ladang tebu dihamparkan kepada anda. Disinilah kemanisan yang dikurniakan Allah dikecapi rakyat Malaysia ditanam di bumi Perlis.

Thursday 19 April 2012

Selasih

Ini pohon selasih. Tanam samada melalui benih atau cucuk rantingnya yang masih hidup. Mula beli daun selasih ini untuk ulam laksa johor kegemaran keluarga. Rupanya mudah tumbuh. Sekarang untuk ulam sambal belacan cuma petik pucuknya sahaja. Rasanya pedas dan baunya harum segar. Jimat belanja dengan tanam sendiri.

Wednesday 18 April 2012

Berhati-hati letak kereta di bawah pokok

Ranting pokok ini jatuh jauh sedikit dari saya. Tempat ini adalah tempat letak kereta untuk ke cafe di sebelah. Malang tidak berbau, hujan tiada angin tiada tapi sampai masa jatuh jua ia. Sebab memang ada tapi luar jangkaan kita. Mungkin hanya seekor burung hinggap di dahan ia sudah boleh patah. Allah maha kuasa maka tiada kuasa menahanNya. Jadi jadilah. Cuma kita perlu berhati-hati. Menjauhi bahaya didepan mata.

Tuesday 17 April 2012

PUTAT

 Putat pokok yang selalunya hidup berhampiran kawasan air samada telaga, parit. Buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam.
Posted by Picasa

Monday 16 April 2012

Getah oh getah

Pokok getah ini merupakan antara pokok getah yang ditinggalkan sebagai kenangan yang kampus ini dahulunya didirikan di dalam ladang getah. Rani estate.  Masih ada beberapa batang lagi dan tidak ditoreh. Kampus lain buat duit dengan pokok getah. Getah tengah mahal sekarang ni.Siapa pandai dia bergetah aaa.

Sunday 15 April 2012

Senja di Kuala Perlis siri ke 2

Matahari kian membenamkan diri. Jom solat maghrib.

Senja di Kuala Perlis

Kuala Perlis tempat tumpuan masa ini takala petang menjelma kerana ramai ingin menikmati keindahan matahari terbenam. Langit dengan warna kekuningan berubah dengan cepat dan suasana ini mengingatkan kita tentang kebesaran Allah.

Hotel EDC UUM Sintok

Hotel EDC UUM Sintok sepi. Makan tengahari tiada gangguan. Kerana tiada yang lain selain kita sahaja. Makanan sedap. Bilik bagus. Dewan seminar baik.

Lebuhraya Sintok ke Changlun

Cuaca panas. Awan sedikit. Langit biru. Bukit menghijau. Lebuhraya dibina untuk UUM.

Friday 13 April 2012

Kulit ru

Berlapis kulit ru mengelupas. Warna dan tekstur yang cantik.

Kulit pokok ru

Berapa umur pokok ru ini berdasarkan kulitnya? pastinya lebih dari 30 tahun. Cantik dan tekstur yang gagah.

Menunggu hujan

Awan yang membesar ini akhirnya menyiram bumi juga selepas isyak. Hujan yang menyejukkan kepanasan siang tadi.

Thursday 12 April 2012

Subuh masih ada

Subuh masih ada. Petang semalam earth quake dengan 8.5 rektor berlaku di Acheh dan amaran tsunami dikeluarkan. Ianya terasa hingga di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Gempa kecil masih berlaku selepas itu hingga pukul 5.35 pagi.

Amaran tsunama lepas itu ditarik balik.Subuh masih ada. Syukur.

Wednesday 4 April 2012

Nuffnang ads