Thursday 11 September 2014

Kawan sekolah

Kawan sekolah
30 tahun tidak berjumpa
Bertemu kami di Mekah
Menunaikan haji bersama
1435H

Monday 14 July 2014

Lan Roti Canai

Roti canai memang makanan kesukaan ramai di Malaysia. Tambah pula bila minum sekali dengan teh tarik memang sedap gila. Tetapi masalahnya ialah kalau pergi kedai atau restaurant mamak selalunya mereka tebar dan masak awal dan kemudiannya dia orang simpan dalam termost plastik. Bila kita order dia akan ambil dari termost. Roti liat dan sejuk. Susah untuk mendapatkan roti yang ranggup. Jadi kalau hendak makan roti sedap mai orang Perlis ikut saya pergi ke gerai Lan Roti Canai di Jalan Bintong. Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tak sedap bagi tahu Lan.

 



Sunday 13 July 2014

Friday 11 July 2014

Tedung dan Salman

Lama tak nampak saudara Salman. Petang masa nak balik kerja terserempak dengan beliau. Beliau baru balik dari Setor Pusat selepas selesai tangkap ular tedung yang masuk ke dalam setor. Saudara Salman memang suka dengan ular.  Dari FB beliau saya dapat tahu dia memang ada membela ular sawa. Bagi saya ular bukan mainan saya.

 Berhati-hati Salman.

Friday 4 July 2014

Lukisanku tidak siap

Bersemangat tengok peserta-peserta MCAT menghasilkan lukisan mereka yang cantik-cantik saya pun mencuba bakat yang lama sudah tidak diasah. Hasilnya sebuah lukisan yang belum..belum siap. Cuba teka buah apa tu. Bukan buah apple tapi kalau nampak macam buah apple tak salahkan pembaca. Saya cuba nak jadikan buah itu sebagai buah cherry. Memang susah... tapi seronok bila dah mula pegang berus.





Wednesday 2 July 2014

Aksi kucing panjat gril pintu


Inilah aksi menarik yang saya rakamkan bila kucing memanjat gril pintu rumah saya.

 


   



Saturday 28 June 2014

Friday 27 June 2014

Guna saja apa yang ada!

Guna saja apa yang ada!
Botol Mineral ini jadikan tempat semaian bagi pokok Rossel. Bila sudah besar tanam sahaja di tanah. Sekarang tunggu hasilnya. 


 

Monday 23 June 2014

Ikan Ayam Sayur Daging Ada Jual Di Sini

Saya berhenti di traffic light dan terpandang seorang pakcik mengangkat kayu ke dalam basikal roda tiganya. Melihat kepada usianya, kudrat, usaha dan tanggungjawabnya. Wahai anak muda, hormati orang tua ini yang masih bekerja selagi kudratnya masih ada.

 


Sunday 22 June 2014

Main Buih - Happy Time



 Happy Time - waktu petang bermain buih di Setia City Convention Centre Shah Alam.

Nuffnang ads