Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Sunday 28 October 2012
Saturday 6 October 2012
The Making of LA Tea Garden - Makeover rumah kampung
LA Tea Garden asalnya merupakan rumah kampung yang telah di makeover menjadi cafe. Rekabentuk asal rumah ini adalah idea arwah tuan rumah seorang tukang rumah dan juga seorang pesawah yang membesarkan anak-anaknya hingga berjaya. Makeover LA Tea Garden dibuat pula oleh anaknya yang menguruskan cafe ini. Masa yang lama diambil untuk menjadikan ianya suatu realiti. Sehinggakan ramai tertanya-tanya bila cafe ini akan dibuka. Alhamdulillah kini semuanya sudah siap dan LA Tea Garden sudah mula beroperasi sejak Ramadhan 2011. Kita sama-sama doakan kejayaannya. Kejayaan pengusaha Melayu.
Pokok rambutan berbuah lebat masih dikekalkan
Hadapan rumah yang diturap dengan konkrit dan dapur terbuka dibina bersebelahan.
Pintu Gerbang kecil di sebelah tepi dan disambut oleh rimbunan pokok mempelam sala.
Pintu Gerbang Besar di depan jalan dan pokok buluh madu ditanam sebagai pagar.
Bila buluh ini besar ianya akan memberi impak yang begitu ketara kepada lanskap cafe ini.
Bawah rumah ubahsuai supaya tetamu selesa makan di bawah rumah ini.
Disediakan wakaf solat untuk membantu mereka yang dalam pejalanan jauh untuk singgah makan atau yang berbuka puasa untuk solat tanpa rasa tergesa-gesa untuk makan.
Kolam untuk ikan hiasan pasti menarik perhatian kanak-kanak.
Rimbunan pokok mempelam sala meredupkan waktu petang..
Bersyukur dengan apa yang ada.
The making of LA Tea Garden - Kenduri
LA Tea Garden mengadakan kenduri sebelum pembukaan cafe pada 5 Jun 2011. Ianya juga sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. Alhamdulillah kini LA Tea Garden sudah menjadi kenyataan. Semoga Allah membarakati atas usaha ini.
Friday 5 October 2012
LA Tea Garden
Ikan hiasan dalam kolam
Kebersihan itu keutamaan
Pelbagai minuman
Merah adalah warna mereka
Sesuai untuk semua tetamu anda
Anda boleh lihat bagaimana rumah kampung di makeover menjadi cafe
Kemas dan bersih
Masakan tempatan
Masakan barat
Suasana malam yang penuh dengan pelanggan
Keselesaan pelanggan diutamakan.
Saya datang lagi nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)