Friday 22 June 2012

Limau Nipis

Staf bagi limau nipis. Pokok di rumah dia ada 40 pokok. 1 kg rm2.50. Hari ni dia jual 1 guni. Berapa rm tu?

Tuesday 19 June 2012

Makan di sebelah pejabat PM

Rasanya betullah sebelah tu pejabat PM. Yang disebelah kanan tu gerai makan. Kena sup keting dan teh tarik. Banyak gerai juga kat sini. Makanan banyak pilihan. Kebersihan terbaik.

Wednesday 6 June 2012

Kincir Angin

Kincir Angin di jeti Kuala Perlis. Berputar laju.Berapa banyak kuasa yang dihasilkan setiap minit agaknya. Kawasan ini anginnya kuat. Kalau letak banyak-banyak mungkin boleh beri tenaga seluruh kawasan Kuala Perlis ini.

Tuesday 5 June 2012

Bunga kembang di waktu malam

Segar mata melihat bunga kembang di waktu malam. Berlatar belakangkan menara masjid.

Bersantai di Timah Tasoh Perlis

Timah Tasoh Perlis memang cantik untuk lepak dan bersantai dengan keluarga.

Masjid terapung Kuala Perlis

Keindahan akitektur masjid terapung di Kuala Perlis. Berlatar belakangkan Selat Melaka.

Taman Anggur Perlis

Cuti sekolah kembali lagi. Masa untuk santai bersama keluarga di mana-mana tempat yang sesuai. Taman Anggur Perlis boleh jadi salah satu pilihan yang baik.

Monday 4 June 2012

Baiknya Nicky sikucing jantan

Anak-anak 'Notty' yang kehilanggan ibu mereka mencari susu pada Nicky sikucing jantan. Kebaikan Nicky mendapat perhatian jiran kami. Semoga manusia juga mempunyai sifat penyayang sebegini.

Friday 1 June 2012

Taman KLCC

Taman di KLCC ini cantik dan ramai ibu bapa membawa keluarga berehat sambil mandi manda di kolam yang luas ini. Aktiviti joging dan juga mereka yang berminat dengan fotografi tidak melepaskan peluang untuk merakamkan keindahan tempat ini.

Saya menang!

Ha ha saya menang teka biji labu. Jabatan Pertanian telefon minta datang ambil hadiah. Hadiah apa ya? misteri katanya. Inilah hasil lawatan ke Pameran Pertanian Negeri Perlis.

Manggis.

Untuk mengetahui berapa ulas isi manggis sila lihat tanda di bawah buah. Jika ada 5 tanda maka ada 5 ulas. Mudahkan.

Bunga Tanjung

Bunga Tanjung wanginya bila lalu di bawah pohonnya.

Nuffnang ads