Monday 2 November 2015

Tom Yam lagi


Tidak puas, kena pii sekali lagi untuk menikmati rasanya. Joom.

Tomyam Kelapa Muda











Tom Yam Kelapa Muda ini saya cuba di gerai yang terdapat di Padang Besar Perlis. Memang istimewa kerana kelapa pandan air kelapanya wangi. Harga berpatutan dengan rasanya. Boleh cuba buat sendiri di rumah.

ilmuku ilmumu


Thursday 22 October 2015

Jerebu melanda kita merana



  
Jerebu melanda negara kita sehingga sekolah di seluruh Semananjung Malaysia ditutup. Perlis tidak ketinggalan IPU mencecah 226 tetapi kuliah di UiTM Arau tetap diteruskan, cuma aktiviti luar dikurangkan. Ada viral kata kuliah dibatalkan dan Rektor terpaksa menafikan. Kerajaan Malaysia berusaha membantu Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu ini yang menjejaskan pelbagai program termasuk Hari Sukan Negara. Lapangan terbang Langkawi ditutup dan penerbangan ditunda.

Sementara itu perlawanan Bola sepak Piala Sultan Selangor juga ditangguhkan. Isu bacaan IPU antara yang dibincangkan dalam media masa dengan persoalan kenapa bacaan kita tidak sama dengan Singapura. Begitu juga di Indonesia kerajaan mereka menyediakan dua buah kapal perang untuk pindahkan penduduk. Bayangkan bacaan IPU sudah melebihi 2000 di tempat mereka.



Hujan


Memandu sewaktu hujan memang mencabar. Penumpuan dalam memandu adalah penting dan memerlukan zero error. Kelajuan walau perlahan mana sekalipun masih perlu berhati-hati. Membuat tindakan berhenti secara mengejut adalah merbahaya. Cermin depan perlu bersih. Cuci selalu cermin jika membuat perjalanan jauh. Jangan lupa rancang perjalanan. Tentukan tempat yang mana anda akan berhenti berehat. Jangan cabar diri jika letih dan perlu rehat. Berhenti sekejap adalah lebih baik. Jika perlu tidur, tidurlah. Cepat sampai bukan kemenangan. Selamat sampai itu lebih bermakna. Selamat memandu.

Wednesday 21 October 2015

Kawanku


Kawan sekolah dimana saja jika ketemu sila tegur ku. Kerana masa memisahkan antara kita. Kini kita berubah paras rupa. Tua sudah kita.

Nuffnang ads