Saturday, 23 October 2010

Dataran Rindu Alam

Dataran Rindu Alam terletak di Perlis. Berhampiran bangunan mini Putrajaya. Gerai yang di bawah ini adalah gerai baru yang belum beroperasi sepenuhnya. Hanya satu gerai sahaja nampaknya yang menjalankan perniagaan masakan. Western Food dan minuman. Di belakang tuu Bukit Lagi. Penuh dengan aktiviti.


Nak memanjat bukit disediakan track. Ada taman mainan. Menariknya ada gua asli. Gua Cenderawasih dan ianya tidaklah dalam sangat. Semua ini senang dicari kerana ianya nampak dari tepi jalan besar. Jangan harap lebih dari itu. Apa yang ada itulah saja.


Kalau nak bersantai datang waktu petang. Monyet pun banyak juga. Bawa sekali makanan monyet. Mana tahu kut-kut ada roti yang tak habis kat rumah. Sedekah kat monyet yang ada banyak kat sini.
Itulah yang saya buat jika ada lebihan bekalan tak habis.

Sekian.

Sini lambat tapi tenang.

No comments:

Nuffnang ads