Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Monday 14 July 2014
Lan Roti Canai
Roti canai memang makanan kesukaan ramai di Malaysia. Tambah pula bila minum sekali dengan teh tarik memang sedap gila. Tetapi masalahnya ialah kalau pergi kedai atau restaurant mamak selalunya mereka tebar dan masak awal dan kemudiannya dia orang simpan dalam termost plastik. Bila kita order dia akan ambil dari termost. Roti liat dan sejuk. Susah untuk mendapatkan roti yang ranggup. Jadi kalau hendak makan roti sedap mai orang Perlis ikut saya pergi ke gerai Lan Roti Canai di Jalan Bintong. Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tak sedap bagi tahu Lan.
Sunday 13 July 2014
Friday 11 July 2014
Tedung dan Salman
Lama tak nampak saudara Salman. Petang masa nak balik kerja terserempak dengan beliau. Beliau baru balik dari Setor Pusat selepas selesai tangkap ular tedung yang masuk ke dalam setor. Saudara Salman memang suka dengan ular. Dari FB beliau saya dapat tahu dia memang ada membela ular sawa. Bagi saya ular bukan mainan saya.
Berhati-hati Salman.
Berhati-hati Salman.
Friday 4 July 2014
Lukisanku tidak siap
Bersemangat tengok peserta-peserta MCAT menghasilkan lukisan mereka yang cantik-cantik saya pun mencuba bakat yang lama sudah tidak diasah. Hasilnya sebuah lukisan yang belum..belum siap. Cuba teka buah apa tu. Bukan buah apple tapi kalau nampak macam buah apple tak salahkan pembaca. Saya cuba nak jadikan buah itu sebagai buah cherry. Memang susah... tapi seronok bila dah mula pegang berus.
Thursday 3 July 2014
Wednesday 2 July 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)