Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Friday, 23 January 2015

Pengantin dan Bunga

 
 Pengantin dan Bunga. Majlis Perkahwinan anak-anak Khoui- Rul Anuar.
Lokasi: Kangar, Perlis. 2015

Tuesday, 20 January 2015

Sunday, 18 January 2015

Saturday, 17 January 2015

Langit Petang

 Lokasi: Seriap, Kangar Perlis. Waktu petang 2014.
 Lokasi: Wang Ulu, Kangar Perlis. Waktu petang 2014.

Wednesday, 24 November 2010

Kuda ku lari gagah berani


Pusat Perkhidmatan Veterinar di Padang Besar ini juga mempunyai ladang kuda. Bila snap gambar pada waktu petang begini rasanya macam berada di luar negara pula.

Burung Unta


Masa nak balik dari Padang Besar singgah dekat Pusat Perkhidmatan Veterinar dan snap gambar burung unta ini.

Tempatnya mudah saja nak nampak kerana ianya betul-betul ditepi jalan besar.

Ada banyak juga burung-burung unta di sini. Nampak sihat semuanya. Kalau nak beri makan ada orang jual kangkong. Boleh beli dan masa bagi makan tuu bolehlah snap gambar banyak-banyak. Jangan tanya saya yang mana satu jantan dan yang mana satu betina. Kalau mai kat sini yang mana berjalan di depan tu agak-agak saya tentu betina. Agak-agak tuu maknanya mungkin betul mungkin salah noo.

Tendangan kaki burung unta jangan main-main, boleh mendatangkan kecederaan. Tengok kuku dia sudahlah, sikit punya besar.

Burung unta ini boleh tahan juga kelajuannya jika berlari. Kalau nak ajak berlumba pastikan kelajuan kita melebihi 65km sejam barulah kita boleh nak menang.

Lehernya yang panjang dan paruhnya yang besar bila nak kasi makan tu berhati-hatilah sikit. Kalau tanya kenapa kena berhati-hati saya pun tak tahu tapi yang saya takut kut-kut tergigit tangan jaa.


Sunday, 7 November 2010

Sungai semulajadi akibat banjir

Saya tidak sangka jalan kampung ini menjadi laluan air macam sungai. Laju airnya. Teringat kalau kat Sunway Lagoon laluan airnya lebih perlahan dari yang ini.
















Nuffnang ads