Masa nak balik dari Padang Besar singgah dekat Pusat Perkhidmatan Veterinar dan snap gambar burung unta ini.
Tempatnya mudah saja nak nampak kerana ianya betul-betul ditepi jalan besar.
Ada banyak juga burung-burung unta di sini. Nampak sihat semuanya. Kalau nak beri makan ada orang jual kangkong. Boleh beli dan masa bagi makan tuu bolehlah snap gambar banyak-banyak. Jangan tanya saya yang mana satu jantan dan yang mana satu betina. Kalau mai kat sini yang mana berjalan di depan tu agak-agak saya tentu betina. Agak-agak tuu maknanya mungkin betul mungkin salah noo.

Burung unta ini boleh tahan juga kelajuannya jika berlari. Kalau nak ajak berlumba pastikan kelajuan kita melebihi 65km sejam barulah kita boleh nak menang.
Lehernya yang panjang dan paruhnya yang besar bila nak kasi makan tu berhati-hatilah sikit. Kalau tanya kenapa kena berhati-hati saya pun tak tahu tapi yang saya takut kut-kut tergigit tangan jaa.
No comments:
Post a Comment