Showing posts with label padang besar. Show all posts
Showing posts with label padang besar. Show all posts

Saturday, 27 November 2010

Pulut Ayam

Ingatkan hanya nasi ayam jaa yang ada. Mai Perlis saya jumpa Pulut Ayam. Pulut dimakan dengan Ayam Goreng.

Ini gambar gerai di Padang Besar. Saya hitam putihkan gerai di bawah ini kerana caranya yang nampak seperti era 70an.




Wednesday, 24 November 2010

Rusa


Ladang rusa juga terdapat di Pusat Perkhidmatan Veterinar Padang Besar ini. Kalau nak tanya berapa banyak rusa yang ada kat sini ...emmp boleh kira sendirilah. Apa yang saya nampak dari yang sekecil anak sampai yang tua pun ada dalam ladang ini. Sekadar sekilo RM30 untuk dagingnya pandai cari tempat boleh dapat. Daging rusa ..emm biasa ja rasanya.

Kuda ku lari gagah berani


Pusat Perkhidmatan Veterinar di Padang Besar ini juga mempunyai ladang kuda. Bila snap gambar pada waktu petang begini rasanya macam berada di luar negara pula.

Burung Unta


Masa nak balik dari Padang Besar singgah dekat Pusat Perkhidmatan Veterinar dan snap gambar burung unta ini.

Tempatnya mudah saja nak nampak kerana ianya betul-betul ditepi jalan besar.

Ada banyak juga burung-burung unta di sini. Nampak sihat semuanya. Kalau nak beri makan ada orang jual kangkong. Boleh beli dan masa bagi makan tuu bolehlah snap gambar banyak-banyak. Jangan tanya saya yang mana satu jantan dan yang mana satu betina. Kalau mai kat sini yang mana berjalan di depan tu agak-agak saya tentu betina. Agak-agak tuu maknanya mungkin betul mungkin salah noo.

Tendangan kaki burung unta jangan main-main, boleh mendatangkan kecederaan. Tengok kuku dia sudahlah, sikit punya besar.

Burung unta ini boleh tahan juga kelajuannya jika berlari. Kalau nak ajak berlumba pastikan kelajuan kita melebihi 65km sejam barulah kita boleh nak menang.

Lehernya yang panjang dan paruhnya yang besar bila nak kasi makan tu berhati-hatilah sikit. Kalau tanya kenapa kena berhati-hati saya pun tak tahu tapi yang saya takut kut-kut tergigit tangan jaa.


Tuesday, 23 November 2010

Cermin Mata Hitam


 Di sini harganya murah kah? Apa yang seronok sangat pakai cermin mata hitam? Ha ha ha selain elak silau boleh juga main-mainkan mata ...orang tak perasan  ..mata tengah lihat apa.  Cuma satu sahaja ..Maha Esa nampak...pasti!

Kacang Cerdik dan Biji Gajus


Kalau dah biasa dengan seseorang penjual itu, bila ke sini (Padang Besar) pasti pergi lagi ke gerai ini. Faktor apa yang dia gunakan? Beri makanan percuma luar jangkaan kita. Itu jaa cara memikat pelanggan. Makanlah ...rasalah yang ini pula ...itulah kata-kata manis memikat pelanggan. Bila kami datang dikeluarkan bungkusan baru biji gajus dan kacang cerdik. Adat berniaga kena pandai berkata-kata semoga pelanggan ingat sampai bila-bila. Jadi kalau ke sini cuba cari dia.

Wanita dan Bunga

Semua ini palsu belaka. Bukan bunga betul. Bunga ciptaan manusia. Walau bagaimanapun lihatlah keindahannya. Untuk mendapatnya marilah ke Perlis. Padang Besar tempatnya. Musim cuti sekolah ni, ramai yang membeli belah di sini. Murah memanglah murah, tapi muat ka kereta? Pastikan bila datang tuu ada ruang lagi dalam bonet kereta ya!



 

Sunday, 31 October 2010

On the way balik dari Padang Besar


Hari minggu ni saya dan wife ke Padang Besar. Saja window shopping. Beli gak baju sehelai dua. Kat sana hujan renyai  dah mula turun sejak kami sampai. On the way back ke Kangar saya nampak bukit ini dan minta wife ambil gambarnya.

Bukit yang diselaputi oleh awan yang berat dan hujan renyai-renyai. Sepanjang hari ini hujan kat Perlis. Kalau hujan memang sejuk. Besok pasti ada kabus kat Arau. Kalau kesempatan saya akan rakamkan gambar kabus tu.

Nuffnang ads