Ini gambar gerai di Padang Besar. Saya hitam putihkan gerai di bawah ini kerana caranya yang nampak seperti era 70an.
Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Saturday, 27 November 2010
Pulut Ayam
Ingatkan hanya nasi ayam jaa yang ada. Mai Perlis saya jumpa Pulut Ayam. Pulut dimakan dengan Ayam Goreng.
Ini gambar gerai di Padang Besar. Saya hitam putihkan gerai di bawah ini kerana caranya yang nampak seperti era 70an.
Ini gambar gerai di Padang Besar. Saya hitam putihkan gerai di bawah ini kerana caranya yang nampak seperti era 70an.
Wednesday, 24 November 2010
Rusa
Ladang rusa juga terdapat di Pusat Perkhidmatan Veterinar Padang Besar ini. Kalau nak tanya berapa banyak rusa yang ada kat sini ...emmp boleh kira sendirilah. Apa yang saya nampak dari yang sekecil anak sampai yang tua pun ada dalam ladang ini. Sekadar sekilo RM30 untuk dagingnya pandai cari tempat boleh dapat. Daging rusa ..emm biasa ja rasanya.
Kuda ku lari gagah berani
Pusat Perkhidmatan Veterinar di Padang Besar ini juga mempunyai ladang kuda. Bila snap gambar pada waktu petang begini rasanya macam berada di luar negara pula.
Burung Unta
Masa nak balik dari Padang Besar singgah dekat Pusat Perkhidmatan Veterinar dan snap gambar burung unta ini.
Tempatnya mudah saja nak nampak kerana ianya betul-betul ditepi jalan besar.
Ada banyak juga burung-burung unta di sini. Nampak sihat semuanya. Kalau nak beri makan ada orang jual kangkong. Boleh beli dan masa bagi makan tuu bolehlah snap gambar banyak-banyak. Jangan tanya saya yang mana satu jantan dan yang mana satu betina. Kalau mai kat sini yang mana berjalan di depan tu agak-agak saya tentu betina. Agak-agak tuu maknanya mungkin betul mungkin salah noo.

Burung unta ini boleh tahan juga kelajuannya jika berlari. Kalau nak ajak berlumba pastikan kelajuan kita melebihi 65km sejam barulah kita boleh nak menang.
Lehernya yang panjang dan paruhnya yang besar bila nak kasi makan tu berhati-hatilah sikit. Kalau tanya kenapa kena berhati-hati saya pun tak tahu tapi yang saya takut kut-kut tergigit tangan jaa.
Tuesday, 23 November 2010
Cermin Mata Hitam
Di sini harganya murah kah? Apa yang seronok sangat pakai cermin mata hitam? Ha ha ha selain elak silau boleh juga main-mainkan mata ...orang tak perasan ..mata tengah lihat apa. Cuma satu sahaja ..Maha Esa nampak...pasti!
Kacang Cerdik dan Biji Gajus
Kalau dah biasa dengan seseorang penjual itu, bila ke sini (Padang Besar) pasti pergi lagi ke gerai ini. Faktor apa yang dia gunakan? Beri makanan percuma luar jangkaan kita. Itu jaa cara memikat pelanggan. Makanlah ...rasalah yang ini pula ...itulah kata-kata manis memikat pelanggan. Bila kami datang dikeluarkan bungkusan baru biji gajus dan kacang cerdik. Adat berniaga kena pandai berkata-kata semoga pelanggan ingat sampai bila-bila. Jadi kalau ke sini cuba cari dia.
Wanita dan Bunga
Sunday, 21 November 2010
Warna langit petang
Semasa balik kerja atas jambatan melintasi laluan keretapi Arau.
Saya capai kamera dan snap pemandangan indah ini.
Apa yang cantik datang sekejap sahaja.
Pastikan kamera bersama anda.
Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.
Sunday, 7 November 2010
Sungai semulajadi akibat banjir
Saya tidak sangka jalan kampung ini menjadi laluan air macam sungai. Laju airnya. Teringat kalau kat Sunway Lagoon laluan airnya lebih perlahan dari yang ini.
Main banjir
Tuesday, 2 November 2010
Banjir di Perlis
Rupanya hujan dari hari pii Padang Besar tak henti-henti sampai pagi ini. Akhirnya di sambut dengan banjir di kawasan rendah di Perlis ni. Gambar di kawasan Kampong Jarak, Bintong, Kangar, Perlis. Klik untuk besarkan gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)