Pagi ini aku turun ke tengah bandar. Minum di gerai ini. Harga makanan 1Msia. Air paip disediakan oleh syarikat sebelah gerai untuk mereka. Dulu lebih luas kawasan niaga ini. Tetapi pembangunan menyempitkan semua. Atas keperluan kehidupan. Keliling perumahan kayu yang lama. Asli sungguh.
Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Wednesday, 23 May 2012
Sunday, 22 April 2012
Sawah dimakan perumahan
Negeri kecil tanahnya sikit. Habis bendang diisinya rumah. Kalau tanah tak jadi bendang. Mamat nak buat apa duduk di rumah.
Saturday, 21 April 2012
Saujana mata memandang ladang tebu
Ladang tebu di Chuping Perlis. Tempat yang cantik untuk fotograf landskap. Mai Perlis di sini ada kemanisannya.
Indahnya bumi Chuping
Perjalanan dari Padang Besar ke Chuping akan bermula dengan keindahan panorama ini. Saujana mata memandang kehijauan ladang tebu dihamparkan kepada anda. Disinilah kemanisan yang dikurniakan Allah dikecapi rakyat Malaysia ditanam di bumi Perlis.
Thursday, 19 April 2012
Selasih
Ini pohon selasih. Tanam samada melalui benih atau cucuk rantingnya yang masih hidup. Mula beli daun selasih ini untuk ulam laksa johor kegemaran keluarga. Rupanya mudah tumbuh. Sekarang untuk ulam sambal belacan cuma petik pucuknya sahaja. Rasanya pedas dan baunya harum segar. Jimat belanja dengan tanam sendiri.







