Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Saturday, 25 May 2013
Saturday, 8 December 2012
Usia 73 masih menarik beca
Pak Cik ini sudah 20 tahun membawa beca di Pulau Pinang.Sekarang berumur 73 tahun. Masih menjalankan tugas untuk membawa pelancung. Kalau duduk di rumah tanpa buat kerja nanti badan sakit dan lenguh. Anak-anak dibesarkan dengan duit upah menarik beca inilah. Sekarang semua anak-anak sudah berumah tangga dan berkerjaya. Pengalaman membawa beca dari harga 30 sen semasa mula-mula berkerja hingga sekarang nilai untuk jarak yang sama sudah meningkat ke RM15 ke RM20. Sehari kalau dapat 4 trip sudah mencukupi. Kalau lebih sudah tidak larat. Katanya beliaulah orang yang paling tua dikalangan penarik beca di Pulau Pinang. Kerjaya penarik beca ini memang menarik, banyak cerita yang beliau luahkan kepada saya. Semoga beliau bahagia dengan kerjayanya.
Sent from Samsung Galaxy Note
Tuesday, 27 November 2012
Monday, 19 November 2012
Tandas pun ada harinya!
Hari ini hari tandas sedunia. Ingat ya setiap tahun 19 November adalah hari tandas sedunia. Dah flush ka bila masuk guna tandas tadi? cuci-cuci sikit laa bila masuk tandas ya! tujuan hari tandas sedunia ini adalah sebagai memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai budaya tandas bersih, Malaysia adalah antara 60 buah negara yang menyambutnya. Maaf tidak ada cuti untuk memperingatikannya. Kalau tutup tandas kesannya sangat busuk. Cuba teka gambar tandas dekat mana yang cantik ini?Tuesday, 13 November 2012
Awan berbentuk muka manusia
Pergerakan-pergerakan awan kadang-kadang menghasilkan pelbagai bentuk benda dan kadang-kadang bentuk muka manusia. Saya berada di Putrajaya semasa hujan lebat dengan kilat sabung menyabung. Selepas hujan berhenti dan masih renyai-renyai saya perhatikan ke langit dan dapat melihat bentuk awan yang menyerupai seakan-akan seperti muka manusia. Ada mata hidung mulut dan telinga. Terkejut juga kerana selalunya saya hanya dapat membaca di majalah, akhbar atau blog sahaja tentang rupa pelik-pelik begini. Oleh kerana handphone sedang di charge, saya cepat-cepat pergi ambil handphone dan kembali merakamkan gambar ini. Mungkin ambil masa dalam 7 ke 8 saat rupa awan sudah berubah dan yang tinggal semakin blur. Lihatlah gambar-gambar awan diantara dua bangunan. MahaSuci AllahSunday, 11 November 2012
Copy cat kelakar si Fitri ni!
Ini anak jiran saya Fitri yang cerdik dan lasak. Hari ini Fitri ikut cara kucing saya "Sally" main di depan rumah. Sally gigit rumput dia ikut. Sally cakar rumput dia ikut cakar. Sally baring dia ikut sama saja. Akhir sekali bila panik, Sally lari ke rumah sebelah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





