Cuti sekolah kembali lagi. Masa untuk santai bersama keluarga di mana-mana tempat yang sesuai. Taman Anggur Perlis boleh jadi salah satu pilihan yang baik.
Sesuatu tentang alam dan gabungan dengan rekacipta manusia dalam bentuk gambar bagi merasai Kebesaran Penciptanya.
Tuesday, 5 June 2012
Monday, 4 June 2012
Baiknya Nicky sikucing jantan
Anak-anak 'Notty' yang kehilanggan ibu mereka mencari susu pada Nicky sikucing jantan. Kebaikan Nicky mendapat perhatian jiran kami. Semoga manusia juga mempunyai sifat penyayang sebegini.
Friday, 1 June 2012
Taman KLCC
Taman di KLCC ini cantik dan ramai ibu bapa membawa keluarga berehat sambil mandi manda di kolam yang luas ini. Aktiviti joging dan juga mereka yang berminat dengan fotografi tidak melepaskan peluang untuk merakamkan keindahan tempat ini.
Saya menang!
Ha ha saya menang teka biji labu. Jabatan Pertanian telefon minta datang ambil hadiah. Hadiah apa ya? misteri katanya. Inilah hasil lawatan ke Pameran Pertanian Negeri Perlis.
Manggis.
Untuk mengetahui berapa ulas isi manggis sila lihat tanda di bawah buah. Jika ada 5 tanda maka ada 5 ulas. Mudahkan.
Wednesday, 23 May 2012
Gerai pagiku
Pagi ini aku turun ke tengah bandar. Minum di gerai ini. Harga makanan 1Msia. Air paip disediakan oleh syarikat sebelah gerai untuk mereka. Dulu lebih luas kawasan niaga ini. Tetapi pembangunan menyempitkan semua. Atas keperluan kehidupan. Keliling perumahan kayu yang lama. Asli sungguh.






