Sunday 31 October 2010

On the way balik dari Padang Besar


Hari minggu ni saya dan wife ke Padang Besar. Saja window shopping. Beli gak baju sehelai dua. Kat sana hujan renyai  dah mula turun sejak kami sampai. On the way back ke Kangar saya nampak bukit ini dan minta wife ambil gambarnya.

Bukit yang diselaputi oleh awan yang berat dan hujan renyai-renyai. Sepanjang hari ini hujan kat Perlis. Kalau hujan memang sejuk. Besok pasti ada kabus kat Arau. Kalau kesempatan saya akan rakamkan gambar kabus tu.

Saturday 30 October 2010

Tapak semai




Dalam perjalanan ke Jitra saya nampak orang sedang cabut semai padi. Saya berhenti dan ambil kesempatan untuk bergambar. My wife nak juga abadikan gambar ini kerana tidak biasa dengan kerja begini. Ianya suatu yang tidak asing bagi saya masa kecil dahulu.

Bukit Lagi


Lagi lagi bukit...bukan saja-saja nak sebut memang ini Bukit Lagi kat Kangar.
Kalau klik untuk besarkan gambar ini, kita akan nampak d ipuncaknya ada dua tempat meninjau bagi sesiapa yang mendaki bukit ini. Ini menyambungkan cerita post yang lepas.

Gambar diambil dari tepi lebuh raya Kuala Perlis Changlun.

Saturday 23 October 2010

Dataran Rindu Alam

Dataran Rindu Alam terletak di Perlis. Berhampiran bangunan mini Putrajaya. Gerai yang di bawah ini adalah gerai baru yang belum beroperasi sepenuhnya. Hanya satu gerai sahaja nampaknya yang menjalankan perniagaan masakan. Western Food dan minuman. Di belakang tuu Bukit Lagi. Penuh dengan aktiviti.


Nak memanjat bukit disediakan track. Ada taman mainan. Menariknya ada gua asli. Gua Cenderawasih dan ianya tidaklah dalam sangat. Semua ini senang dicari kerana ianya nampak dari tepi jalan besar. Jangan harap lebih dari itu. Apa yang ada itulah saja.


Kalau nak bersantai datang waktu petang. Monyet pun banyak juga. Bawa sekali makanan monyet. Mana tahu kut-kut ada roti yang tak habis kat rumah. Sedekah kat monyet yang ada banyak kat sini.
Itulah yang saya buat jika ada lebihan bekalan tak habis.

Sekian.

Sini lambat tapi tenang.

Picasa

Petang ini saya ajak my wife pergi ambil gambar. Saya fokuskan kepada bangunan mini Putrajaya yang menempatkan pejabat MB Perlis tetapi langit petang menjadi penyumbang effect yang dramatik.


Mudah sekali dengan menggunakan Picasa3 saya ubah tonasi cahaya, bayang, warna menjadikan banyak pilihan dalam menghasilkan gambar lebih bertenaga.


Jika anda berminat download perisian Picasa3 ini secara percuma yang mudah didapati dalam Internet.


Bukan sahaja 4 gambar yang saya boleh buat, banyak lagi kalau saya mahu bergantung kepada perubahan tonasi tadi.


Jadi apa lagi cubalah sendiri.

'Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Ianya untuk orang yang berfikir'

Nuffnang ads